Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, April 20, 2012

Serak

Salam.

Apa khabar?Harap awak sihat ya.
Awak, hari ini saya rasa tak sihat. Tekak saya sakit. Suara saya pun dah bertukar ala-ala Ella dah. Saya masuk kelas hari ni pun budak-budak tanya, suara cikgu serak ek, kenapa? Saya hanya jawab sebab cuaca jer awak. Malas nak cakap banyak, nanti makin sakit tekak saya. Hari ni saya ajar diorang mengenai Kata tanya dan kata seru. Sedih la awak. Ada lagi budak yang tak tahu nak gunakan kata tanya. Terutama pelajar India. Saya tak tahu dah nak ajar macam mana. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Awak, saya susah hati sebenarnya, susah hati sebab kena laksanakan PBS. Payah awak kalau ajar budak besar yang masih buta huruf. Ada juga yang boleh membaca, tapi sekadar baca jer, tapi tak tahu dan tak faham makna pun. Penat wak. Saya dapat 2 kelas hujung. Saya lebih suka ajar budak melayu. Bukan nak bias, tapi itulah kenyataannya. Tidak dinafikan, ada juga segelintir budak Melayu yang malas. Ada juga yang buta huruf. Tapi sekurang2nya diorang masih lagi dengar kata. Saya cukup benci dengan budak yang tak bawa buku latihan. Kecewa. Saya tak tahu apa matlamat diorang datang sekolah. Mungkin datang untuk berjumpa dengan kawan-kawan sahaja? Saya lagi tak suka bila kerja sekolah tak siap. Terbantut. Hilang mood. Penat. walaubagaimana pun, IsyaAllah, saya akan cuba buat yang terbaik demi diorang, modal insan negara.

Awak,

Hari ni kat sekolah ada FIRE DRILL. Latihan Kebakaran Mengsongkan Bangunan. Alhadulillah semua berjalan lancar. Walaupun pegawai bomba bagi 75 markah jer, tapi sekurang-kurangnya kami dapat challange pagi punya. Pagi, pegawai bomba tu bagi 51 jer. Ok la kan. Itu tandanya pengurusan pihak petang lebih baik. Seronok juga tengok budak-budak ni tengok demostrasi pihak bomba. Diorang dapat pengetahuan EXTRA. Kami pun dapat pengetahuan juga. Kesannya, kaki saya bengkak balik. Harini pergi kerja tak balut pon kaki. Kononnya nampak sudah baik dan tak naik bengkak lagi. Balik2, tengok kaki dah bengkak dah. Awak, doakan kaki saya cepat sembuh ya, supaya saya boleh solat seperti biasa. Sekarangni saya dapat solat sambil duduk sahaja atas kerusi. Ok lah awak, saya berundur dulu ya. Selamat malam.

No comments:

Post a Comment