Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Saturday, December 22, 2012

Kasut dan Klinik


Kasut kerja saya yang perlu di baiki. Dijahit, ditampal dan di tukarkan tapak. Semalam, Jumaat nak hantar kat tukang kasut area Andalas ni dia tutup pulak. Jadi petang ni nak pergi hantar. Taklama dah nak buka sekolah. Pakai je mana yang ada. Nak beli baru, ada yang berkenan tapi size pula takde. Maklumlah, kaki sindarela.

Semalam ada juga survey tempat baiki kasut lain. Lupa dah nama kedai tu. Jumpa dalam Jusco Bukit Tinggi. Level bawah. Sebelah dengan kedai telco Digi. Intai dia punya harga. Mak aih, sepasang kasut tumit tinggi cajnya rm 17. Biar betul? Saya malas nak bertanya lebih lanjut. Pastu terus keluar dari kedai tu.

Hantar kat andalas jerlah. Mungkin harga dengan pakcik tu murah sedikit. Lagi pon, pakcik tu niaga tepi kaki lima kedai je. Depan kedai 2NT. Dekat juga dengan kedai mamak.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment