Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Tuesday, December 25, 2012

Jom Mengaji Quran

Assalamualaikum

Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni, macam-macam boleh buat. Sama la dengan kecanggihan anderoid ni. Boleh download macam-macam dari playstore atau pun blackmarket. Saya pun tak ketinggalan juga men'download iQuran.

iQuran ni siap ada maksud lagi setiap ayat. Tapi dalam bahasa inggeris la. Kalau tak faham maksud, kena buka kamus. Tapi takpe, sekurang-kurangnya kita dapat baca pon dah dikira baik. Baca sepotong ayat pon dah dapat banyak pahala. Allah Maha Pemurah. Tapi lebih baik kita baca quran dan tahu maksudnya sekali.

IQuran yang saya download ni ada audionya sekali. Kita boleh pasang suara mengaji. Kita juga boleh tahu macam mana nak baca dengan betul.







Semalam, saya amik peluang untuk download audio setiap surah. Tapi malangnya, hanya dapat 30 surah sahaja. Rupanya ia limited 30 surah untuk sehari. Jadi kena tunggu keesokkan hari pulak untuk download surah seterusnya. Sabar.

Saya amik peluang guna, unifi kazen. Kalau guna broadband saya yang siput tu, confirm tak dapat 30 surah sehari dalam masa tak sampai 1 jam. :)

Jom, mengaji, betulkan tajwid. Lepas solat dapat baca sepuluh ayat pon Alhamdulillah.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment