Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Sunday, December 16, 2012

Lokan

Ok, ini Lokan. Rupanya lebih kurang dengan Etok. Lokan agak besar. Etok pula kecil-kecil sahaja. Boleh dimakan. Di masukkan didalam tom yam, sayur lemak dan lain-lain lagi. Spesis Lokan dan Etok ini tinggal dalam pasir sungai.






Teringat saya zaman kecil-kecil dulu. Suka pergi bermain di tepi sungai Kelantan. Sambil mandi sambil cari Etok. Bila dapat banyak, biasanya kami salai secara tradisional. Tumbuk bawang putih, serai dan garam kasar. Lumur pada Etok. Letak dalam dulang besar. Kemudian jemur tengah panas. Agak-agak dah kering dan masak isinya, kami makan begitu sahaja. Sedap.

Kalau korang nak rasa Etok, Lokan, di Pasar Besar Siti Khadijah pun ada dijual. ;-)

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment