Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, August 19, 2011

Mimpi Malam

oooh....tidak...
malam tadi aku bermimpi. 
Mimpi pergi melawat Negara Australia...
weeeeeeee...seronok tidak terkata...
cantik jer pemandangan...

dan..dan...
aku dah lupa nama negeri yang aku lawat itu...

sob3x...

hehe...sib baik mimpi jer...
tapi andainya jadi kenyataan?? 
oh, bahagianya!

Gerodok Telur - nama tak seindah rasa

Kalian semua kenalkah dengan kuih jenis ini? Haha..inilah kuih yang dinamakan sebagai Gerodok Telur. Bahan-bahan utamanya semestinya telur. Senang je cara nak membuatnya. Inilah hasil air tangan aku pada minggu lepas. Seronoknya rasa. best jugak ya bila apa yang kita buat ini menjadi. Hihihi....

Biarpun nama tak seindah rasa, namun manisnya sangat menggoda,..inilah Gerodok Telur.



Bahan-bahan:
10 biji telur ayam
4 keping manisan gula melaka (dicairkan terlebih dahulu kemudian sejukkan)
6 susu besar gula
500 ml santan pekat
2 helai daun pandan

Cara-caranya:
1. Cairkan terlebih dahulu manisan, dan biarkan sejuk dengan suhu bilik. Nak cepat sejuk, kacau perlahan-lahan.
2. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan tadi dalam satu bekas.
3. Kacau/ ramas adunan tersebut biar sebati.bersama dengan daun pandan.
4. Kemudian tapis adunan tersebut ke dalam loyang
4. Kukus adunan tersebut lebih kurang dalam 30 minit.


Cheese Cake Buatanku Kali Pertama

Minggu lepas pergi rumah kazen kat Puchong. Berbuka puasa kat sana. Tetiba teringin nak polish skill membuat cake. Cake pilihan adalah Cheese cake. Tak pernah buat sebelum ni. Ni cubaan kali pertamaku.


Jeng jejeng....inilah hasilnya..Cheese Cake buatan Cik Makhluk Bumi kali pertama. Alhamdulillah, menjadi. Sedap! Mendapat pujian dari semua isi rumah. Hehehe....cuma kali pertama ni belum buat base nya lg. Raya nanti nak buat yg ada base plak. Base Oreo menjadi pilhan. InsyaAllah.

Dialog anak spupuku dengan maknya: "Mama, sedaplah kek ni. Tak hangus pun. Kenapa kek yang mama buat hari tu, hangus?".

Hehe...Terima kasih diatas pujian kalian semua. Takdelah bangga pun, tp rasa lebih bersemangat lg nak buat kek2 jenis yang lain.

Carrot Cake dah berjaya, Chocolate Moist Cake berjaya juga, dan Cheese Cake pun sdh berjaya! Cake apa lagi ek lpsni? =D

Oh, lupa nak habaq. Resipi kek ni aku google on9 jer, senang.

3 Pasang Kasut Bukan Untuk Raya

Yezzaa....malam tadi ke Jusco Bukit Raja. Lepas berbuka terus bersiap. Keluar rumah dalam pkl 8.40 sampai sana pusing2 cari paking dlm pkl 9.05. Terus menuju ke bahagian kasut dalam JJ. Memang mlm td aim nak beli kasut...

Tarraaaaa....


6 pasang kasut...tak agak-agak :p

Beli dengan aksi pejam mata jer, asal muat dikaki cantik dimata lega dihati. Memang murah, less 70% dan 50%dari harga RM59.00 & RM49.00 dari brand Nautifit dan Cleef.....kalau beli dengan harga asal memang pikir byk kali la kot nak membelinya sampai 3 pasang sorang.



3 pasang untuk aku = RM62.90

3 pasang kasut osmetku = RM50.10

Kami telah membuat pilihan yang bijak. Tidak ada penyesalan.Bukan untuk raya pun. Kasut basahan jer. Kasut hari-hari pakai ke sekolah.

Balik dari JJ 9.50..haha..memang pandai set masa kan..pembeliah bijak, pembelian berhemat.

Tuesday, August 16, 2011

Ulangtahun Pertama Lapansepuluh.Blogspot

Diam tak diam, 
sudah genap setahun usia 


"selamat hari ulang tahun yang pertama"

14 Ogos 2010 mula bertapak.

Terima kasih kepada nuffnang, sebab bagi hadiah hari ulangtahun dan sudi memberi peluang kepada iklan2 untuk bertenggek kat blog yang tak seberapa ini. Alhamdulillah, sempena bulan ramadhan ini juga 4 iklan yang telah sudi bertenggek. Terima kasih..terima kasih...diucapkan kepada Proton Saga CVT LB, Iskandar Malaysia, Umobile dan Standard Chaterred Liverpool SS. Walaupun earning tidaklah sehebat bloger2 otai, namun cukup buat aku teruja dengan ganjaran yang diberi. :)

Selamat berbuka puasa kawan-kawan semua.

Saturday, August 13, 2011

Semangat

Selamat pagi dan selamat berpuasa semua!

Alhamdulillah, masih lagi Allah panjangkan usia kita pada hari ini. Mudah2an, kita dapat manfaatkan nikmat yang diberiNya.

Pag ini, rasa bersemangat aku untuk mendapatkan kembali semua buku-buku yang aku simpan di rumah kazen aku tahun lepas cukup kuat. Sesungguhnya memang aku sangat rindukan buku-buku itu. Buku-buku  ilmiah yang aku beli. Aku ingin dapatkan kembali kekutan aku sebelum ini. Kekuatan untuk tabahkan diri. 

Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk meneruskan ibadah kepadaMU.

Nota Hati (2)

SubhanaAllah....Alhamdulillah....Allahuakbar...





Dengan membaca enty ini secara tidak langsung kita telah berzikir. =)