Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Saturday, October 1, 2011

Nak Buat Pasport Malaysia?

Nak buat pasport Malaysia? Tak tahu nak mula dari mana? Haa..ini sedikit info yang diambil dari web Imegresen Malaysia. Saje je ni, sebabnya semalam saya baru je ke Imegresen Shah Alam, p buat pasport. Boleh la roaund arouand the world nanti..heh? ade duit jalan...

Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warga negara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.

Kelayakan, mestilah warganegara Malaysia yang sah. Tempat memohon, carilah Pejabat Imegresen Negeri yang terdekat di kawasan anda.

Tempoh sah laku, ada yang 2 tahun atau 5 tahun.

Bayaran pasport RM100.00 untuk 2 tahun dan RM300.00 untuk 5 tahun..

Bagi yang pertama kali memohon, anda perlu hadir sendiri di Pejabat Imegresen Negeri, dan mesti melengkapkan Borang Pasport Malaysia yang boleh didapati dari kaunter pejabat pasort atau pun boleh juga di download dari laman web Imegresen.

Bagi pemohon yang berusia 18 tahun keatas, sediakan MYKad, 2 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang biru muda, dan beserta bayaran.

first: isi borang ini dahulu. sediakan 2 keping gambar & MyKad

2nd: serah borang di kaunter bahagian pasport Malaysia,
3rd: buat bayaran

Siap selepas 1jam dari bayaran dibuat.

Maklumat lanjut boleh didapati disini : http://www.imi.gov.my/

No comments:

Post a Comment