Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Wednesday, January 6, 2021

Bekas suami Datuk Seri Vida akan tuntut harta sepencarian dan insuran dua anak yang meninggal dunia selepas kes hadanah ditolak

 Bekas suami Datuk Seri Vida akan tuntut harta sepencarian dan insuran dua anak yang meninggal dunia selepas kes hadanah ditolak

KOTA BHARU: "Alhamdulillah, saya lega kes sudah diputuskan dan selepas ini, terpulang kepada Cik B dan Kacak untuk menghubungi ayah mereka apabila sudah bersedia," kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menolak tuntutan hadanah yang dibuat oleh bekas suaminya, Mohd Amin Yasin, 43, terhadap dua anaknya Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,14, atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Ketika ditemui media hari ini, Vida, 50, meluahkan rasa syukur dengan keputusan terhadap tuntutan yang dibuat pada 3 November lalu.

"Saya rasa buat masa sekarang, mereka tidak sesuai lagi untuk berjumpa atau berhubung atas sebab tertentu dan itu juga atas kehendak Cik B dan Kacak sendiri.




"Bagaimanapun saya tidak pernah menghalang mereka untuk berhubung kerana tidak mahu putuskan silaturrahim namun untuk berjumpa secara 'in person', biarlah dulu," katanya.

Beliau berkata keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty itu juga sangat tepat dan tidak mengganggu emosi kedua anaknya itu.


Bagaimanapun beliau akan mematuhi arahan mahkamah supaya membenarkan kedua-dua anaknya itu menghubungi Mohd Amin dalam usaha menjernihkan semula hubungan tiga beranak itu.

"Bila mereka (Cik B dan Kacak) dah sedia, boleh la telefon. Jangan kata mereka anak derhaka pula, kerana orang luar tidak tahu apa berlaku, hanya kami yang menanggungnya," katanya.

Keputusan itu juga diterima baik oleh Cik B yang bersetuju untuk berhubung semula dengan bapanya sebaik bersedia suatu hari nanti.

Sambil menafikan dakwaan bahawa ibunya menghalang daripada dia dan adiknya berhubung dengan bapa, Cik B hanya mendoakan agar dipermudahkan urusannya dua beradik.

"Saya akan hubungi ayah kalau dah 'ready' cuma tak tahu akan ambil masa atau tidak. Semoga Allah permudahkan," katanya.

Sementara itu Mohd Amin berkata, dia berlapang dada menerima keputusan mahkamah dan setia menunggu dua anaknya itu untuk menghubunginya sebaik mereka bersedia namun akan cuba membuat rayuan sekiranya perkara itu tidak berlaku.

"Cuma selepas ini saya akan buka kes harta sepencarian iaitu bermula ketika saya dan dia dahulu sehingga bercerai.

"Selain itu saya juga akan menuntut harta dua anak yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans mereka kerana ketika anak meninggal dunia dulu, saya tidak berpeluang untuk menatap kali terakhir," katanya sambil menambah baru mempunyai keyakinan membuat tuntutan berkaitan




1 comment: