Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, November 18, 2011

November yang PADAT dan SENDAT

Alahai November 2011....cepatnya rasa masa berlalu...bermula dari minggu pertama lagi, rasanya tiap-tiap hari jadual aku padat..sy ulang lagi..P A D A T. setakat ni xde lagi hujung minggu yg dapat relaxs2, santaii2 kt rumah. 

Raya haji tahun ni pun xdapat balik kampung..beraya di Melaka je, kat rumah Makcik. Sib baik ade juga makcik yang dekat2 sini. Time cuti raya jugak, kena habiskan menanda kertas karangan budak2. Wahaha...kemain aku pulun menanda sambil tergolek2 baca ayat2 diorang..adoiiila...macam mana nak sedap karangan kalau tak rajin membaca...hurmm..tak nak komen lebih2 lah...

Hujung minggu kedua plak, masih lagi tak dapat nak santai2 kat rumah. minggu ni aku join kelas menjahit baju kurung. Haha...saje amik balik kelas menjahit ni. 2 tahun lepas dah belajar menjahit dengan Aunty Sally (aunty cina) kat Penang. Kiranya nak refresh balik dan tambah skills yang ada. Kelasnya berlangsung selama 2 hari. Sabtu- Ahad, 8pagi-6petang...Penat gile rasa. Tapi berbaloi kot dengan bayaran yuran RM20. Alhamdulillah, bertambah ilmu menjahitku. Walaupun baju kurungnya tak sempat nak disiapkan kerana masa tidak mencukupi - mesin jahit tidak cukup untuk setiap orang, tapi OK lah..sekurangnya2 boleh jugak dijelujurkan dulu bahagian yang hendak dijahitnya. Nanti, pandai2lah cari peluang dan ruang untuk siapkan baju itu.

Minggu ini minggu ketiga bulan November. Bermulanya peperiksaan SPM 2011. Hoho..aku dilantik menjadi pengawas peperiksaan. Mak aihhh...kemain penat. tima mengawas tu, Tuhan saje yang tahu. Hanya orang yang menjadi pengawas jer yg dapat rasa camne. Huh..bosan giler. menunggu 2jam 30 minit tanpa buat apa2 selain berjalan, berdiri dan duduk sekejap2.. Haha..sadis betol..mengantuk tu tok sah cakap lah.Balik rumah, letih...lepas Isyak terus terlelap sampai pagi esoknya..ayoooo...sabar jerlah, lagi 2 minggu kena mengawas..
Dan hari ni, Jumaat 8pagi lagi kena tercongok depan pintu Hotel Primere, Klang. Aktiviti guru akhir tahun. Kononya HI TEA, tapi hi tea kebendanya pukul 8 pagi cik kak oiii...memang tak betul sungguh..haha...nak wat camne, arahan...Tema kali ni "Traditional International". Kemain lagi tema..tapi masa tak kena...kuikuikui...Puas mencari idea nak pakai pakaian apa..last2..aku pilih nak pakai baju kurung jer. Baju kurung harian yang pernah dipakai sebelum ini..haha..malas lah nk bergolok bergadai nak beli baju cantik2. Tambah lagi masa suntuk, tak sempat nak g shopping... Owh!..Esoknya ada kelas menjahit Langsir. 2 hari. 8pagi-6ptg.

Rancangan Minggu keempat bulan November pun sudah penuh juga. Hari bekerja, macam biasa, kena mengawas SPM. Hujung minggu pula ada kelas menjahit Blouse pula. Memang padatlah jadual bulan November aku untuk tahun 2011 ni. Sendat sudah. Penat, tapi ...InysaAllah berbaloi. *__________^

1 comment:

  1. waaa kelas menjahit... hihihi
    teruskan usaha..
    singgah usha entry usha iklan. sama2 tmbh tabung blog.
    salam singgah.

    ReplyDelete