Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, August 19, 2011

Mimpi Malam

oooh....tidak...
malam tadi aku bermimpi. 
Mimpi pergi melawat Negara Australia...
weeeeeeee...seronok tidak terkata...
cantik jer pemandangan...

dan..dan...
aku dah lupa nama negeri yang aku lawat itu...

sob3x...

hehe...sib baik mimpi jer...
tapi andainya jadi kenyataan?? 
oh, bahagianya!

Gerodok Telur - nama tak seindah rasa

Kalian semua kenalkah dengan kuih jenis ini? Haha..inilah kuih yang dinamakan sebagai Gerodok Telur. Bahan-bahan utamanya semestinya telur. Senang je cara nak membuatnya. Inilah hasil air tangan aku pada minggu lepas. Seronoknya rasa. best jugak ya bila apa yang kita buat ini menjadi. Hihihi....

Biarpun nama tak seindah rasa, namun manisnya sangat menggoda,..inilah Gerodok Telur.



Bahan-bahan:
10 biji telur ayam
4 keping manisan gula melaka (dicairkan terlebih dahulu kemudian sejukkan)
6 susu besar gula
500 ml santan pekat
2 helai daun pandan

Cara-caranya:
1. Cairkan terlebih dahulu manisan, dan biarkan sejuk dengan suhu bilik. Nak cepat sejuk, kacau perlahan-lahan.
2. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan tadi dalam satu bekas.
3. Kacau/ ramas adunan tersebut biar sebati.bersama dengan daun pandan.
4. Kemudian tapis adunan tersebut ke dalam loyang
4. Kukus adunan tersebut lebih kurang dalam 30 minit.


Cheese Cake Buatanku Kali Pertama

Minggu lepas pergi rumah kazen kat Puchong. Berbuka puasa kat sana. Tetiba teringin nak polish skill membuat cake. Cake pilihan adalah Cheese cake. Tak pernah buat sebelum ni. Ni cubaan kali pertamaku.


Jeng jejeng....inilah hasilnya..Cheese Cake buatan Cik Makhluk Bumi kali pertama. Alhamdulillah, menjadi. Sedap! Mendapat pujian dari semua isi rumah. Hehehe....cuma kali pertama ni belum buat base nya lg. Raya nanti nak buat yg ada base plak. Base Oreo menjadi pilhan. InsyaAllah.

Dialog anak spupuku dengan maknya: "Mama, sedaplah kek ni. Tak hangus pun. Kenapa kek yang mama buat hari tu, hangus?".

Hehe...Terima kasih diatas pujian kalian semua. Takdelah bangga pun, tp rasa lebih bersemangat lg nak buat kek2 jenis yang lain.

Carrot Cake dah berjaya, Chocolate Moist Cake berjaya juga, dan Cheese Cake pun sdh berjaya! Cake apa lagi ek lpsni? =D

Oh, lupa nak habaq. Resipi kek ni aku google on9 jer, senang.

3 Pasang Kasut Bukan Untuk Raya

Yezzaa....malam tadi ke Jusco Bukit Raja. Lepas berbuka terus bersiap. Keluar rumah dalam pkl 8.40 sampai sana pusing2 cari paking dlm pkl 9.05. Terus menuju ke bahagian kasut dalam JJ. Memang mlm td aim nak beli kasut...

Tarraaaaa....


6 pasang kasut...tak agak-agak :p

Beli dengan aksi pejam mata jer, asal muat dikaki cantik dimata lega dihati. Memang murah, less 70% dan 50%dari harga RM59.00 & RM49.00 dari brand Nautifit dan Cleef.....kalau beli dengan harga asal memang pikir byk kali la kot nak membelinya sampai 3 pasang sorang.



3 pasang untuk aku = RM62.90

3 pasang kasut osmetku = RM50.10

Kami telah membuat pilihan yang bijak. Tidak ada penyesalan.Bukan untuk raya pun. Kasut basahan jer. Kasut hari-hari pakai ke sekolah.

Balik dari JJ 9.50..haha..memang pandai set masa kan..pembeliah bijak, pembelian berhemat.

Tuesday, August 16, 2011

Ulangtahun Pertama Lapansepuluh.Blogspot

Diam tak diam, 
sudah genap setahun usia 


"selamat hari ulang tahun yang pertama"

14 Ogos 2010 mula bertapak.

Terima kasih kepada nuffnang, sebab bagi hadiah hari ulangtahun dan sudi memberi peluang kepada iklan2 untuk bertenggek kat blog yang tak seberapa ini. Alhamdulillah, sempena bulan ramadhan ini juga 4 iklan yang telah sudi bertenggek. Terima kasih..terima kasih...diucapkan kepada Proton Saga CVT LB, Iskandar Malaysia, Umobile dan Standard Chaterred Liverpool SS. Walaupun earning tidaklah sehebat bloger2 otai, namun cukup buat aku teruja dengan ganjaran yang diberi. :)

Selamat berbuka puasa kawan-kawan semua.

Saturday, August 13, 2011

Semangat

Selamat pagi dan selamat berpuasa semua!

Alhamdulillah, masih lagi Allah panjangkan usia kita pada hari ini. Mudah2an, kita dapat manfaatkan nikmat yang diberiNya.

Pag ini, rasa bersemangat aku untuk mendapatkan kembali semua buku-buku yang aku simpan di rumah kazen aku tahun lepas cukup kuat. Sesungguhnya memang aku sangat rindukan buku-buku itu. Buku-buku  ilmiah yang aku beli. Aku ingin dapatkan kembali kekutan aku sebelum ini. Kekuatan untuk tabahkan diri. 

Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk meneruskan ibadah kepadaMU.

Nota Hati (2)

SubhanaAllah....Alhamdulillah....Allahuakbar...





Dengan membaca enty ini secara tidak langsung kita telah berzikir. =)

Nota Hati (1)

ikhlaskan hatimu sayang..semuanya akan baik-baik saja ;-)

Friday, August 12, 2011

Hari ke 3 baru terasa sakit

Aduh! Ya Allah, sakit jugak ya bila nasi terkena di bahagian tempat jahitan. Ngilu sekejap. 2 hari lepas, makan bihun goreng, cek mek molek, bubur sum-sum xdela terasa sakit sangat. Hari ni baru jumpa nasi. Dah kunyah dah perlahan-lahan, tapi terkena juga. 

Petang tadi, tertido. Sedar-sedar, terasa pipi sakit dan sedikit bengkak. Camne ni, esok dah boleh puasa dah. Tak nak la ganti banyak2 puasa. Ini pun kebetulan jer tak dapat puasa sempena kena operate. Memang plan dah.  Gusiku sayang, sila jangan bengkak atau sakit ya. Kasihanilah diri ini ya. Kita sama-sama jaga.

Kan betul Doktor cakap, hari ketiga baru akan rasa penangannya.,huhu..nah, rasakan!

3 Hari MC ~ Boring yang amat

Dengan ini disahkan bahawa saya tidak sihat ntuk menjalankan tugas saya dengan sempurna selama tiga (3) hari daripada 10/8/2011 hingga 12/8/2011. Sayan dikehendaki datang semula untuk pemeriksaan pada 16/8/2011.

hoho...aku dapat cuti rehat untuk 3 hari. Duk rumah jer...tak tahu nak g mana.Boring sudah. Dah la sorang2. yang lain sume g keje. Tapi kalau aku keluar pon, xleh lasak sgt, takot bergegar, nnt sakit plak gusi ku ini.

Penangan jahitan yang entah berapa jarum doktor jahit. Rasanya lebih dari 5 jarum. Sebab terasa lama sangat masa yang diambil oleh Dr. Stella untuk jahit gusiku kembali. Pastu terasa plak yang benang yang ditarik tu panjang giler. Hohoho..sabar jerlah..sib baik aku tak nampak jarum dan benangnya. Mata ditutup.

Haha..16/8/2011 nanti aku kena g HTAR balik. Jumpe Dr. Stella untuk buang jahitan pada gusiku ini. Huhu..pengalaman pertama menerima jahitan pada diri seumur hidup ini.

Thursday, August 11, 2011

Dynasti Kuih-muih di Malaysia

Kuih paling gangster = Kuih Lompat Tikam
Kuih paling Seksi = Kuih Puteri Mandi
Kuih paling keji = Kuih Tahi Itik
Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
Kuih awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik =  Batang Buruk
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Samprit
Kuih bagun sendiri =  Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi = Kuih Bau- lu
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih sentiasa terang = Tepung pelita
Kuih tenteram = Kuih makmur

Heheheheh........






Kisah Dongeng

Lagu ini ditujukan kepada insan yang pernah hadir dalam hidupku walau untuk seketika.. esp si Dia yang mungkin sedang terbang di awan biru sana.


Lirik Lagu Stacy – Kisah Dongeng
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Bedah Mulut.. Thank You Dr Stella

dup dap dup dap..jantung ku berdegup...hehe..agak berdebar juga rasanya menunggu saat itu.


Semalam aku ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang..3 kali pusing hospital baru dapat parking kereta. Alhamdulillah, dapat parking dekat dengan pintu masuk hospital. Terus aku menuju ke Klinik Bedah Mulut....Jeng..jeng..jeng..bersedia!

Temujanji pukul 2 petang, aku sampai 10 minit awal. 2.20 petang nama dipanggil. Mujurlah tidak terlalu lama menunggu.

Apa aku buat kt Klinik Bedah Mulut ek? Haha...

Mula-mula, Dr Stella menerangkan risiko semasa dan selepas pembedahan dilakukan.

1) Perlu dibius sebanyak 2 jarum..kena sign surat kebenaran untuk dibius terlebih dahulu...Ubat bius yang digunakan adalah jenis tempatan katanya. - Ok...aku sign.

2) Mata akan ditutup - untuk keselamatan patient. Tak boleh tengok alatan yang digunakan, takot nanti terkejut dan takut..haha... - Ok..mata ditutup dengan kain.

3) Ubat bius ni akan bertahan lebih kurang 3-4 jam sahaja. Kalau sakit nanti, sila makan ubat tahan sakit yang telah dibekalkan. - Ok doktor.

4) Objek dalam kedudukan melintang, jadi ia perlu di belah dua. Mungkin agak sakit sedikit.- Sakit, sila angkat tangan bagi respon pada doktor.

5) Kedudukan Objek juga terletak diantara saraf, jadi ada risiko disitu.

6) Perlunya penjagaan mulut yang rapi. Gosok gigi selepas makan, 30 minit selepas itu, sila berkumur. Guna syringe untuk bahagian belakang. Risikonya, takut terjadi jangkitan kuman pada bahagian luka dan akan melibatkan saraf.

7) Tak boleh makan makan panas. Hanya makanan sejuk sahaja. Untuk pastikan tempat luka tidak berdarah, dan boleh cepat sembuh.Dan hanya boleh makan makanan yang lembut-lembut dan lembik-lembik sahaja.

8) Kebiasaannya, akan sembuh dalam sebulan sekiranya takde apa-apa masalah. Dan kemungkinan akan ada sedikit lebam di bahagian yang terlibat. - Mujur pakai tudung. Tak nampak nanti.
 

Alhamdulillah, tepat jam 3 petang, semua urusan siap. Dengan dengar bunyi gerudi yang gerung greng itu, akhirnya gigi bongsuku (3rd molar) sebelah kanan telah selamat dikeluarkan. Tidak terasa sakit sangat sebab kesan ubat bius masih ada. Tak perlu dibayar cajnya sebab guna GL..Lepas 3 jam, mak aihhh...berdenyut Ya Rabbi.

3 Hari dapat MC...tak tahu nak buat apa la plak kat rumah ni...nak keluar, muka bengkak sebelah...huhuhu...Makin kurus la nanti camgini.


Terima kasih Dr. Stella dan nurse, sebab memberikan khidmat yang baik kepada saya. Semoga saya cepat sembuh!

Wednesday, August 10, 2011

Perkhemahan Pertandingan 2011

Alhamdulillah..berakhir sudah aktiviti-aktviti luar yang melibatkan sekolah baru-baru ni untuk tahun ni. Bulan lepas je, tiap-tiap minggu aku kena g camping. Dan camping terbaru dan terakhir ni perkhemahan pertandingan untuk tahun 2011 pada 29 hingga 31 Julai 2011. Bertempat di Bukit Cherakah, Shah Alam.

Aku selaku pengurus pasukan Pengakap kali ni, memang terasa penangan kepenatannya, tapi seronok.Tahniah! Buat Pasukan Pengakap sekolah sebab berjaya merangkul juara bagi kategori Tali Temali dan Masak Rimba. Walau korang tak berjaya merangkul juara untuk keseluruhan, tapi Pengakap tetap pertahankan kekuatannya dalam skil tali temali dan masak rimba. Cayalah korang!

Tali temali...10 jenis ikatan dan simpulan

Hasil kraftangan.

Aktivit hidupkan api.

Aktiviti mencantumkan logo. Kebetulan, kami dapat logo sendiri.

Ahaks..cikgu diapit.

Banyak..siapa menang, setiap orang dapat. Kalah memang tak dapat

Tahniah Pasukan Pengakap! Tahun ni kita dapat tempat kedua. Tahun depan kita JUARA, OK!

Wow, Vios Baru Limited Edition, Menawan!

Toyota display Vios ni kat JJ Bukit Tinggi



Perghh..tergoda i tengok kete vios baru, limited edition ni. Colournya cun melecun weh. warna purple.
Skangni kete vios pon dah ade warna purple tau.Dulu, proton persona, then myvi baru, dan kini vios plak. Iskh, nak amik 1 tak mampu la plak. Amik gambar jer lah ya...hehehe



"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Tuesday, August 9, 2011

Kuat

Ya Allah, 
tolonglah hambamu ini...
Aku perlukan kekuatan untuk meneruskan hidup ini.

Janganlah kau bebani aku dengan beban yang tidak tertanggung olehku, Ya Allah.
Sungguh aku tidak berdaya.

Sunday, August 7, 2011

Aishiteru....Menunggu

Selamat pagi......

Jom layan lagu ni, Aishiteru nyanyian Zivilia Band..sambil relaks2 kan diri di hari minggu ini...dengar2 lagu ni ramai yang suka, termasuklah DJ-DJ radio di Malaysia ni. AKu pun baru jer tahu kewujudan lagu ni. Baru juga tahu yang lagu ni tengah famous skang dicorong-corong radio di Malaysia walaupun lagu ni sebenarnya nyanyian dari band dari Indonesia.a Ahaa...jom layan sat



Lirik lagu Ashiteru

Aishiteru – Zivilia Band

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Back to [*][**]

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Back to [*][**]

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru

Lirik ni diambil dari Lirik tube blogspot.

Saturday, August 6, 2011

Sudi ke Tak?

Nak berpantunlah harini...

" Kalau padi kata padi;
  tidak aku tertampi-tampi;
  Kalau sudi kata sudi;
  tidak aku nanti terus menanti."

Friday, August 5, 2011

Dah Bayar Zakat Fitrah?

Jemaah Jumaat beratur bagi membayar zakat fitrah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada Jumaat. Kadar bayaran zakat fitrah bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah RM7 dan kadar bayaran tertakluk kepada ketetapan di setiap negeri. Orang Islam diwajibkan membayar zakat fitrah dari mula Ramadan sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri. - foto BERNAMA

Thursday, August 4, 2011

Sepuluh Pertama Bulan Syawal

Sepuluh Pertama Bulan Syawal 
 
Hadith:
DARI Aisyah r.a katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w hendak iktikaf pada sepuluh yang akhir bulan Ramadhan, baginda solat Subuh terlebih dahulu, sesudah itu barulah baginda masuk ke tempat iktikaf, iaitu sebuah bilik kecil yang dibuatkan khusus untuknya.

Baginda bermaksud hendak iktikaf selama sepuluh akhir bulan Ramadhan. Tetapi Zainab minta dibuatkan pula bilik kecil untuknya, begitu juga para isteri baginda yang lain. Maka dibuatkan orang semuanya.
Ketika Rasulullah s.a.w solat Subuh, dilihatnya banyak bilik-bilik kecil berderet-deret. Lalu baginda bersabda: "Kebajikan bagaimanakah yang kalian inginkan? "Lalu baginda perintahkan supaya bilik-bilik itu dirobohkan semuanya dan baginda kurangkan iktikafnya pada Ramadhan itu dan menggantinya dengan iktikaf pada sepuluh awal bulan Syawal."

Riwayat Muslim 
mstaron9

Tuesday, August 2, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS online)

Hai cikgu-cikgu semua...selamat berpuasa di ucapkan...

Mesti cikgu-cikgu sekarang ni tengah sibuk memasukkan markah peperiksaan pertengahan tahun dan TOV/ETR murid-murid kan.

Haha..sama jgk ngn saya...pagi ni baru siap masukkan markah untuk dua kelas. Nak sambung esok pagi plak lg dua kelas..huhu...markah tertinggal kat sekolah la plak..tak ngape lah...masih sempat lagi nak masukkan markahnya. 

Kalau buka web SAPS ni pada waktu siang, alamak aih...ramai betul cikgu yg online nya. Nak masukkan markah pun lambat la skit. Mujurlah sekarang ni bulan puasa, jd cikgu2 muslim berkesempatan nak masukkan markah di awal pagi. Sistem pun sedikit laju. =) .. 

Haha..terima kasih DIGI Broadband..nak harapkan key in kat sekolah, mmg xsempatlah. tambah pula bulan puasa ni, waktu pembelajaran dan pengajaran dipendekkan lagi bagi sekolah sesi petang. 20 minit utk satu masa dan pada hari Jumaat pula, mula sekolah 2.20ptg, balik 5.30..3 jam jer waktu persekolahan. Ada murid yang mengatakan, "baik tak payah dtg sekolah cikgu"..hoho...

Oh, ya! Lagi pun tarikh tutup untuk masuk markah telah dilanjutkan dari 1 Ogos 2011 ke 15 Ogos 2011..Selamat memasukkan markah cikgu2 semua..hehe...

SAPS online >> klik sini