Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Wednesday, November 3, 2010

Tu Laaa Nabil...Lu Pikirlah Sendiri

Mengaku Leka Nikmat Tuhan, Nabil Masih Cintakan Irma
 
Nabil akui dirinya lalai dengan kehidupan.
 
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu.

Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka.

"Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus.

"Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi.

"Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu.

"Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan saja yang menentukan. Begitu juga dengan saya, beberapa persiapan kahwin dah pun dibuat sikit-sikit. Mana tahu satu hari nanti jodoh kami masih ada. Tapi, andaikan Irma telah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik, saya tidak kisah.

"Apa-apa pun yang sedang saya hadapi, kerjaya akan menjadi keutamaan saya dan saya perlu fokus dan kawal emosi saya tanpa mengganggu kerjaya saya sehingga menyusahkan orang lain," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak arah Profesor Razak Mohaideen.

Tambah Nabil, dia ingin menegaskan bahawa, gambar seorang wanita yang diambil bersamanya serta beberapa rakan lain yang tersebar di internet tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya wanita itu merupakan kenalan baru Nabil.

"Tak fasal-fasal, dia pula terkait dalam masalah kami. Saya harap, orang luar tidak mengaitkan dia lagi," tegasnya.

Ditanya adakah Nabil masih lagi mencintai Irma, jawab Nabil:
"Saya masih sayangkan dia. Rasanya, perasaan sayang masih lagi ada bagi pasangan yang baru lepas putus cinta. Hal ini merupakan satu masalah seperti yang turut berlaku kepada pasangan-pasangan lain. Tapi disebabkan kami dikenali, maka ia menjadi besar.

"Saya ingin doakan sebuah kehidupan yang terbaik buat Irma. Saya tahu dia seorang wanita yang baik. Dulu, masa saya masih bersamanya, kalau ada apa-apa masalah, dia pasti akan berbincang dengan saya. Sekarang ini, saya harap dia ada kawan-kawan yang boleh berkongsi masalah. Kepada Irma, jagalah diri baik-baik,” kata Nabil.

Nombor telefon baru 11 digit mulai bulan depan

Ayooooooo..makin byk ler nombor fon nk kena igt..iskh3..dah le yg 10 digit ni pon susah nk igt..tp yg penting kena la igt nombor fon sendiri ye.. dan juga no fon org yg penting2 dlm hidup anda..kena cari nombor yg cun2 skit..sng nk igt..hehe...ade gak kwn aku jenis yg xigt langsung no fon sendiri..kna rujuk phonebook dlm enset dulu..baru blh bgthu nombor sendiri..ayaaakk..

Petikan dari Kosmo

Nombor telefon baru 11 digit mulai bulan depan

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.

"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.

Katanya, format baru itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada serta menggalakkan penyertaan baru yang merupakan antara perancangan jangka panjang MCMC.

"Awalan perkongsian baru '011' mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru,'' katanya. - Bernama

Rezeki Allah Yang Tentukan



REZEKI BANJIR...Pengutip barangan lusuh, T. Supramaniam, 53, mengambil peluang mencari rezeki dengan mengumpul tin dan botol kosong yang tersangkut pada sebuah jambatan apabila air mula melimpah di Taman Aman dekat sini pada Rabu. Sehingga kini, seramai 20,902 penduduk daripada 5,734 keluarga di beberapa daerah di negeri ini dipindahkan ke pusat penempatan banjir. - Foto BERNAMA

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Menu Orang Sakit Malam Ini

Hehe..sakit2 pon sempat lagi ke pasar mlm...tetiba lak mengidam nk mkn mcm2..aisshh..mmg sah dh sakit...
Maka, terbeli lah Lauk Pajeri Nanas, Daging Goreng, Kuih Peneram (ade yg panggil Telinga Keling ~ iskh) dan kuih sagu...Nasinya dimasak sendiri kt rumah..air pula hanya sky juice aje..
hurmmmmm...sedap2...jom2..sila2..jemput2..mkn2


en google punya

try tgk: sama tak kuih ni ngn telinga....?? opsss i'm sorry!

Tuesday, November 2, 2010

Kawen 011110

Selamat Pengantin Baru Iwan dan Isteri

Dah kawen rupanya ank sepupu ku sorang nihhh..tahniah! Mak spupu ni belum jumpe bayang2 jodoh lagi...masih lg menunggu jodoh sampai..yang masih xpasti bilanya..hanya Allah yg tahu segalanya


Ya Allah..kurniakanlah aku seorang suami yang baik untukku, baik untuk agamaku dan baik untuk hidupku di dunia dan di akhirat..Amin..

Monday, November 1, 2010

Malang Tak Berbau, Aku Jatuh Motor..Sob3x..Sakitnya

Selamat pagi duniaku...
vrooommm..vroommm..mtor bergerak 30km/jam. keadaan cuaca baru lepas hujan yg lebat. keadaan jalan raya licin. dgn berati2 motor menuju bergerak utk balik rumah dari tempat kerja..motor menuruni jalan berbukit..tiba2.....streeeeeeeeeeeeettttttt..gedebuszzzzzzzz.....ya Allah!!! aduhhhh!! panic...tok tok tok...helmet menghentak jln raya..terbaring bbrp saat di jalan raya..tersedar, n terkejut jatuh dgn pantas terbagun sendiri..terkial2 mengangkat motor yang berat sorang diri..uh ah uh ah..beratnya motor ni..berjaya di tongkatkan motor...ade sbuah kelisa berhenti..adik, ok ka? ok kak, boleh lagi ni..motor boleh start tak? cuba start dulu..ok kak...tak pe kak..boleh nie..maka dengn perasaan yg masih terkejut, naik la moto balik utk terus smpi rumah....

Ya Allah, aku jatuh motor petang semalam..Allah masih panjangkan lagi umo aku. bdan menghempap jln raya, kepala terhantuk macam bola melantun 3 kali....mujur helmet tak tercabut dari kepala,,klu tidah..pecah dh rasanya...dan mujur jg jln xde kereta lalu, klu tak dah arwah dah jugak sbb aku jatuh btol2 melintang jln...kereta lalu xsempat dh nk bergerak..alhamdulillah...kental lagi tulang besi urat dawai aku nih

Uwaaaaaaaaa nak nages....badan sakit2, lher sakit2, siku berdenyut2..baru nk g klinik pagi nie..
kpd lady_dyla yg sudi mengetag aku ..nnt aku jwb lepas keadaan otak n badan stabil skit ek...insyaAllah