Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Guru Malaysia : 1 Aspirasi : 1 Agenda

Tema sempena hari guru tahun ini, 2013.

Jasamu ku kenang wahai semua guru-guruku tak kira yang telah mengajarku secara langsung dan tak langsung. Semoga kalian sentiasa beroleh rahmat dari Allah.

Saya juga seorang guru, kini.

posted from Bloggeroid

Sunday, May 12, 2013

Niat Kita

NIAT:

Terjemahan: Dari Amirul Mu'minin, Abi Hafs ummar bin Al-Khatab r.a, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niat. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang diniatkan. sesiapa yang berhijrah kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kepada  (keredhaan) Allah dan Rasulnya. Dan siapa yang berhijrah kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan dinilai sebagaimana) yang dia niatkan".

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim



# cukup terkesan dihati saya. satu peristiwa yang memang betul-betul terjadi kepada saya baru-baru ini. memang betul, apa yang diniatkan memang betul terjadi. dan ia membuka mata hati saya. Allah Maha Besar dan Maha Mendengar.

Thursday, May 9, 2013

Hadiah Untuk Cikgu

Comel kan?

Sesuai untuk dihadiahkan kepada cikgu sempena hari guru nanti.

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 7, 2013

Jatuh Cinta Bukan Satu Kebetulan


posted from Bloggeroid

Pengintip

Tak percaya rasanya bila diri ini sudah menjadi pengintip. Pengintip? Intip siapa?
Saya pelik dengan diri sendiri, kenapa mengintip? Perlu ke?

Dan sebenarnya, saya mengaku yang saya selalu mengintip bekas kawan lelaki saya. Mengintip melalui Facebook dia sahaja. Rasanya ini adalah perkara biasa kan? Putus. Takde jodoh. Tapi masih lagi ingin mengetahui perkembangan sidia. Kan? Sejujurnya saya sudah tiada hati padanya. Sekadar ingin mengetahui sahaja.

Oh,ya! Saya juga tidak menyangka yang dia sudah membuka akaun Facebook yang baru. Akaun yang lama dia sudah "deactivated" setelah saya yang deactive terlebih dahulu akaun saya. Tapi saya bertahan untuk 3minggu sahaja, saya aktifkan kembali akaun saya. Ini terjadi Kerana sebuah insiden yang tak logik di akal yang terjadi antara kami.

Gerak hati saya, dia juga ada mengintip saya punya akaun facebook juga.

Normal kan? Lumrah kehidupan.

posted from Bloggeroid

Monday, May 6, 2013

PRU 13 ku Kali Pertama

Tanggal 05.05.2013 kali pertama saya membuang undi pada PRU13. Perasaanku sangat lain. Lain kerana kali pertama menjalankan tanggungjawab pada negara. Lain juga bila menjejakkan kaki ke tempat mengundi. Kerana tempat mengundi ku di sekolah rendahku dulu. Setelah 18 tahun meninggalkan alam persekolah peringkat sekolah rendah. Nostalgia datang menjelma diingatan. Berbaur suka duka. Banyak perubahan. Panjang umur, setiap lima tahun nanti saya kembali menjejakkan kaki disekolah rendahku lagi.


posted from Bloggeroid

Friday, May 3, 2013

Cenderahati Perkahwinan Bajet

Assalamualaikum...salam pagi jumaat

Cuti 1mei lepas saya berkesempatan le Nilai 3 untuk mencari door gift kepada tetamu sempenan majlis perkahwinan sepupu saya Jun nanti. Survey punya survey, akhirnya bakal pengantin memberi kata putus untuk membeli sebuah mug.



Inilah mugnya. Rancangannya, mug ini akan diberi bersama dengan sebiji telur. Kami dapat harga untuk sebuah mug ini RM2 dengan pembelian 1000 buah.

Ok, ini untuk msjlis kawen sepupu saya. Majlis saya? Jeng jen jeng..kena tunggu bila serunya datang.

posted from Bloggeroid