Bintang-bintang berkedipan
Hanya satu mengusik pandang
hanya satu antara seribu Pilihanku
owh...rindu sgt utk menjlnkan aktiviti mencerap bintang dan teropong bulan
Dulu, kt USM aku amik Kursus Astronomi, ZCE 275 utk ckupkan unit teras dan utk tambah ilmu pengetahuan. Jadi, salah satu aktivitinya ialah, mencerap bintang dan meneropong bulan setiap malam jumaat pkl 9 mlm.
Ahhaa...kami pelajar2 diberi kan satu peta bintang (Star Chart) untuk membaca dan mengenal pasti setiap gugusan bintang. Dan yg pasti Orion atau Si Pemburu atau Buruj Belantik paling senang untuk di baca dan di kesan. Buruj Belantik ini boleh juga menentukan arah kiblat. (3 biji bintang yang berturutan pada pinggang belantik menunjukkan arah kiblat).
sumber gambar dr google |
Peta Bintang: Sumber dari Google kt Wikipedia |
Ohh Bulan..
Enggang melayani diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Ini pula teleskop utk teropong bulan
dan ini pula bulannya hasil dari diteropong oleh kami dolu2..guna kamera digital biasa je nih,..blom lg guna yg dslr punya..mst lagi cun bulan ini..hehhe..Orang kata bulan itu cantik kan? kan? Owh, jgn la sesekali terperasan ya bile ade org puji kamu rupamu cantik bak bulan purnama..hoho..sebenarnya mmg bulan cantik,,hehe tapi kt permukaan bulan sebenarnya terdapat banyak kawah-kawah. Dan kawah2 ini di namakan dengan nama-nama saintis yg menemuinya... Jadi kalau ade org kata rupamu mcm bulan tu, maknanya terdapat kawah2 hasil dari jerawat ler tu kt muka.
Jangan jadi punnguk rindukan bulan sudahhhh..
Tak pun, jangan lah duk tunggu bulan jatuh ke riba
No comments:
Post a Comment