Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Tuesday, July 12, 2011

Harper Seven Beckham Nama Anak Victoria

Harper Seven Beckham Nama Anak Victoria 
 
Pasangan bahagia ini dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan.
 
SEPANJANG dalam tempoh hamil, beberapa nama telah disenaraikan untuk diberikan kepada bayi perempuan yang masih dalam kandungan Victoria Beckham.

Malah nama Justina Bieber turut tersenarai sebagai nama anak keempat pemain bola sepak David Beckham.
Bagaimanapun, Beckham yang sangat teruja dengan kelahiran bayinya itu pada Ahad sempat menulis pada akaun Twitter miliknya.

"Saya sangat bangga dan bahagia untuk mengumumkan kelahiran puteri kami yang diberi nama Harper Seven Beckham. Ia lahir pada 7.55 pagi tadi (Ahad) di Los Angeles," tulisnya.

Tambah Beckham, isterinya berada dalam keadaan sihat, manakala anak-anaknya yang lain sangat gembira menyambut kelahiran adik mereka itu.

Seperti dipetik dari DailyMail, Harper, nama berkenaan adalah nama Inggeris kuno yang sangat disukai oleh Victoria manakala Seven pula merupakan nombor bertuah iaitu dilahirkan pada pukul tujuh pada bulan tujuh.

1 comment:

  1. Harper Seven tak macam nama anak perempuan pon? Pelik... :-)

    ReplyDelete