Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, April 6, 2012

Baru Nak Update Yaaaa

Lama dah tak menjenguk blog sendiri. Lama jugaklah tidak meng''update"nya. Aduhai, kengkangan masa + kengkangan Malas memang sentiasa ada. Ape cer?

Hurm..meh nak share story skit... Jumaat lepas 30 Mac, saya bermain netball. Dah lama sebenarnya tak main netball. Kalau tak silap, last main tahun 2004 kot, time belajar kat Politeknik Kota Bharu dulu. Tu pun main posisi WA dan WD jer. Tapi kali ni kena main posisi center. Konon, badan kecik ni lincah. Haha...ya sangat lah. Sekali,  baru jer 2 minit masuk gelanggang, "gedeubus"...Huaaaaaaaaa...sakitnya! kakiku terseliuh. Gara-gara salah landing lepas lompat dengan tingginya untuk sambut bola... Haiyooo. Sakit sangat-sangat. Sehinggalah bertemu hari ini, Jumaat 6 April kakiku masih bengkak. pergi klinik, dapat ubat surut bengkak. Flanil dan bandage dah sedia ada dalam first aid peribadi.

Dan time solat, saya perlukan kerusi. Sebabnya kaki masih sakit dan tak boleh dilipat untuk sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyyat. Solat dalam keadaan duduk atas kerusi ini merupakan kali kedua saya buat. Kali pertama dulu, 3 tahun lepas. Pernah jatuh tersembam. Lutut luka teruk. Tak boleh untuk sujud. Jadi perlu solat menggunakan kerusi juga. 

Owh, esok perlu ke JPNS. Perlu hadir taklimat induksi. Harap-harap bengkak dah surut. Tak perlu lagi kaki ku berbalut.

3 comments:

  1. hehehe...lepas ni b extra careful ye. apapun semoga cepat sembuh. huhu

    ReplyDelete
  2. terima kasih en. aShaBuLz & en man...take care to both of u too ;)

    ReplyDelete