Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Saturday, November 6, 2010

MENARIK: Mat Rempit, Mak Nyah Dipelawa Sertai Latihan Kemahiran MARA

BESUT: Golongan berperwatakan lembut atau lebih dikenali sebagai 'mak nyah' dan 'mat rempit' dipelawa menyertai pelbagai latihan kemahiran yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat Mara (MARA) untuk membantu mereka berdikari.

Pengarah Kanan Komersial MARA, Mohd Rosdi Ismail berkata MARA mengalu-alukan penyertaan bumiputera dari pelbagai golongan mengikuti latihan hanya dengan memiliki kelulusan yang rendah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Penilaian Menengah Rendah.

Katanya, bagi mat rempit, mereka boleh mengikuti kursus yang sesuai dengan minat mereka berkaitan dengan automobil seperti kursus mengecat kenderaan manakala bagi yang berminat, mereka boleh mengikuti kursus seperti solekan, dandanan atau pun urutan tradisional yang dianggap sejiwa dengan mereka.

"Kursus-kursus ini dibuka di Pusat Giat Mara yang terdapat di semua negeri yang kursusnya dibuka pada setiap awal tahun," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Menurut beliau setiap tahun MARA memperuntukkan belanja yang tinggi bagi membolehkan golongan bumiputera menyertai kursus-kursus yang disediakan supaya apabila tamat mereka diharapkan boleh membuka perniagaan sendiri.

Katanya langkah itu amat sesuai dengan sasaran MARA untuk memperbanyakkan kalangan usahawan bumiputera di negara ini.

Beliau berharap golongan belia terutama mat rempit dan mak nyah yang masih menganggur dapat menyahut cabaran dengan beramai-ramai menyertai kursus kemahiran yang disediakan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment