Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Friday, October 15, 2010

Aqasha Kawen Senyap-senyap Ekk..



Nie petikan dari utusan 15 Oktober 2010

WALAUPUN menunggu hingga ke lewat petang, kelibat wartawan yang hadir tanpa diundang akhirnya berbaloi dengan layanan pasangan pengantin baru, Aqasha, 28 dan isterinya, Noor Baizura Mohd. Sabri, 27.
Majlis pernikahan tertutup yang diadakan di kawasan kediaman mewah Lake Fields, Sungai Besi itu, pada awalnya dikhaskan untuk saudara mara terdekat dan teman rapat tetapi berjaya dihidu oleh pihak media dengan harapan mendapatkan liputan yang terbaik.
Mujurlah kedatangan kami disambut baik oleh kedua-dua mempelai mahupun keluarga kedua-dua belah pihak.
Dengan kehadiran tetamu hanya seramai 300 orang, upacara pada petang itu berjalan lancar dalam suasana yang cukup meriah walaupun serba ringkas.
Hanya sekali lafaz, tepat jam 3.25 petang, Noor Baizura sah menjadi isteri kepada pelakon utama Mertua vs Menantu itu.
Menariknya, majlis pernikahan aktor itu cukup sederhana dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan disertakan dengan seutas rantai emas putih tanpa adanya sebarang hantaran.
Jelas Aqasha, kedua-dua keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan.
"Barangan hantaran sudah pun diberikan pada majlis pertunangan Mei lalu.
"Hari ini, saya hanya berikan seutas rantai dan wang hantaran sebanyak RM20,000," tambah hero filem Embun itu.
Bertemakan warna diraja, pasangan raja sehari itu kelihatan cukup mempesonakan dalam busana kuning keemasan.
Menurut Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli, busana baju Melayu yang dipakainya dan baju kurung moden yang digayakan oleh si isteri adalah idea mereka sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.
"Kami saja memilih tema kuning dan putih untuk majlis kali ini bagi menceriakan suasana.
"Lagi pun, ia sesuai dengan gelaran raja sehari," komen Aqasha ringkas mengenai tema pilihannya itu.
Disebabkan ia sebuah majlis tertutup, hanya Jehan Miskin, Khir Rahman, Tony Eusoff, Adlin Aman Ramlie dan Emelda Rosmila sahaja antara artis yang kelihatan pada upacara tersebut.


^_^ = Apa2 pun tahniah! Selamat Penagantin Baru.

No comments:

Post a Comment