Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Wednesday, October 6, 2010

Berfikir Gaya Trump

Buku ini saya beli bulan lepas. Bersemangat saya utk membacanya. Saya beli buku ini sebab saya ingin jadi mcm Donald Trump nie. Saya nak berfikir gaya Trump. Beliau sangat kaya raya. Walaupon beliau seorang yang bongkak, pemarah, gile glamor tapi beliau pandai berbisnes. Tidak mudah putus asa.. Saya pon nk jadi kaya raya jugak macam beliau. Saya nak bayar utang PTPTN ngn bunga2nya skali. Saya nk g Mekkah, buat Haji. Tapi...saya tak pandai berbisnes. Saya bukan otak bisnes.. Camne nak setting otak bisnens nih????? Owhh tidakkk...Trumph..tolonglah saya...



Trumph kata..."Bagi meraih kejayaan dengan lebih bermakna, kita hanya mempunyai dua pilihan sahaja. Pertama, lakukan perkara yang kita cintai atau cintai perkara yang kita lakukan".

Jadi sekarang ini, saya tak boleh putus asa. Saya nak buat perkara yang saya cintai, dan saya juga akan mencintai apa yang saya lakukan. Saya kena buat dua perkara ini, sebab saya pon nk berjaya macam Trumph. Saya akan terokai diri saya dengan cuba memahami dan mengenali cinta saya.

Jadi, tiada yang mustahil utk saya berjaya. Kena sentiasa berfikiran positif, sabar, tidak putus asa dan yang penting kena bersedia utk berubah. Buktikan pada diri sendiri. Kejayaan memerlukan impian, visi dan matlamat... Berusaha...Berdoalah...Bertawakal

P/s: sangat terkesan di hati dengan kisah "Impian menjadi Prime Ballerina" muka surat 75 dari buku ini yang membuatkan aku teringat dengan seorang interviewer yg memberi aku soklan maut baru2 ini...Hoho..selagi idup dan tidak nyanyok aku akan igt smpi bile2.

P/s: Buku ini terkandung bbrp tokoh Malaysia dan antarabangsa yang mempunyai irama pemikiran yang serupa ~ sangat memberi motivasi utk aku..tak rugi beli..ilmu nih...

1 comment: