Pages

tabung nikah saya

Makhluk Bumi Disini

Sunday, October 3, 2010

Kini Hanya Tinggal Kenangan

10.07.2010....Pekan, Pahang
Peristiwa yang mungkin xdapat dilupakan..
Kejadian yg sangat menyayat hati bagi kami semua kaum kelaurga dan sanak saudara.
Rumah Arwah Makcik kesayangan ku hangus terbakar di saat orang ramai masih lagi lena di ulit intan. Kejadian yang berlaku sebelum subuh itu mengakibatkan seorang warga emas, iaitu suami arwah Makcik ku (pakcik aku la kan) telah kembali ke rahmatullah. Beliau tak dapat diselamatkan kerna api sangat marak dan hanya sekelip mata sahaja rumah papan itu hangus dan tak dapat diselamatkan semuanya. Hanya sepupu ku (anak perempuan sulung Makcik) yang sempat terjaga dari tidur dan sempat selamatkan diri ketika api sedang marak. Hanya dua beranak sahaja yang berda dalam rumah itu pada hari kejadian. Innalillah hiwainna ilaihirajiun... Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Takziah utk kaum keluarga makcik aku. Al-Fatihah untuk mereka yg telah pergi dan takkan kembali lg. Arwah Makcik aku meninggal awal tahun baru ini kerna menghidap penyakit kanser perut. Arwah Makcik ini adalah kakak kepada Arwah Mak Aku.

Sisa kebakaran

Selepas dibersihkan
Bumbung rumah menyembah bumi
Saudara mara yg datang menziarah n membantu

Alhamdulillah..inilah rumah sumbangan.
Siap dibina sebelum raya baru2 ini.
walaupon xsama mcm dulu
tp cukup bermakna.
P/s: Sayu jer ati aku bile tgk gambar2 ini. Aku xdpt menziarah ke tempat kejadian kerna aku kerja dan aku hanya tahu berita ini dari kazen ku pkl 10 pagi hari kejadian. Patutlah, sehari sebelum kejadian, aku teringatkan arwah. Rupanya ade khabar yg ingin diberitahu.

No comments:

Post a Comment